Tuesday, June 9, 2009

MutiaRa kaTa

Mutiara Kata

  • “99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~

Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini.

Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini.

Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan. :)


  • “Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”

Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka. Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah
Apa nak buat nie?
Di mana aku letak duit aku tadi?
Boleh bayar guna kad kredit tak?
Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
Hutang dululah. Kemudian baru bayar.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.
Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya mungkin seperti di bawah:
ana cadangkan A jadi ketua bukannya saya.
A lebih senior. A lebih berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.
Pada pendapat ana, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.
wasalam..

No comments:

Post a Comment

atukk...ooo..atuk..

follow sye wak