Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL !


hari ini 26 hb februari bersamaan 12 rabiulawal 1431 hijrah ialah hari maulud nabi..

dikesempatan ini ak nk ucp jgk tuk smua "SALAM MAULIDURRASUL"

sedikit maklumat tntg buln Rabiulawl..


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
pada 12 rabiulawal tahun gajah lahirlah seorang kekasih Allah, Muhammad..


semasa kelahiran baginda Rasulullah s.a.w bnyak berlaku keajaiban yang menunjukkan bertapa mulianya Rasulullah..akhlak rasulullah bagaikan Al-quran yang tiada cacat celanya..

kejadian sebelum kelahiran rasulullah:-

  • Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.


  • Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.


  • Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.


  • Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

    terdapat banyak lagi keajaiban yang berlaku semasa kelahiran Rasulullah..

bagi mengingati rasullulah s.a.w, marilah kita sama-sama mengimarahkan sunnah rasulullah yang mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita..



sumber rujukan:keajaiban duni semasa kelahiran rasulullah.

No comments:

Post a Comment

atukk...ooo..atuk..

follow sye wak